30 sekolah dipilih sertai program kitar semula

SHAH ALAM, Khamis- Sebanyak 30 sekolah rendah di seluruh negara dipilih menyertai Program Kitar Semula Kanak-Kanak dalam usaha memupuk budaya kitar semula dan mencintai alam sekitar di kalangan generasi muda.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata melalui program itukanak-kanak akan didedahkan pelbagai aktiviti kitar semula yang menarik dan menghiburkan.
Beliau berkata, program anjuran bersama kerajaan negeri dan 67 pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilaksanakan secara berterusan, termasuk mengadakan pameran bergerak di sekolah terbabit bermula bulan ini.
“Kita harap program ini membangkitkan kesedaran kanak-kanak terhadap kepentingan kitar semula dan menjadi duta kecil di rumah bagi menegur ahli keluarga lain yang tidak peka terhadap kitar semula.
“Bagi menarik minat kanak-kanak, program dirancang lebih meriangkan termasuk menggunakan lagu dan cakera padat, selain memperkenalkan watak Fresh Friends,” katanya ketika melancarkan Program Kitar Semula Untuk Kanak-Kanak di Dewan MBSA Seksyen 24 di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Ong melancarkan watak Fresh Friends terdiri daripada Ree, Cyke, Curl dan Link yang akan mengadakan pameran bergerak ke seluruh negara, selain muncul dalam video klip lagu ‘Oh Dunia’ bagi menyampaikan mesej mengenai kitar semula dan alam sekitar.
Album Fresh Friends sudah berada di pasaran dalam bentuk kaset dan cakera padat yang mana 10 peratus penjualan album itu akan disumbangkan kepada Kempen Kitar Semula.
Ong berkata, sempena pameran bergerak itu.

Fresh Friends - Oh Dunia


Lirik Lagu Fresh Friends - Oh Dunia


Nun jauh berkelip di angkasa
Rupanya sebuah dunia indah oh...
Walaupun berteknologi tinggi
Masih wujud di dalamnya harmoni

Mulanya kehidupan sempurna
Segalanya punya kemewahan oh...
Sehingga mereka lupa diri
Dunia indah menderita kini oh...

( 1 )
Mengapa dunia pula jadi mangsanya
Atas segala kesilapan kita
Apalah ertinya hidup oh di dunia
Yang gelap dan sepi

( 2 )
Sayang dan hargailah kehidupan ini
Anugerah Tuhan yang kita miliki
Semoga ianya 'kan dapat diwarisi
Mereka penyambung generasi
Yeye... ooo...

Semenjak hilang bintang yang dulu
Ada empat darinya yang ke mari
Bertekad tragedi tak berulang
Pada duniaku yang kucintai wowowo...


( ulang 2 )
( ulang 1 & 2 )

Nananana...
Oh dunia